May 4, 2005

Selagi Lasir menderu..

Jika tak silap, Lasir ni nama air terjun yang dekat ngan Tasik Kenyir. Yeke?? Erm..kurang pasti. Ape pun aku nak berkisah sket pasal peristiwa Lasir ni (bukan langsir mahupun langsuir..hehe)

Ekceli ada drama yang aku tonton beberapa hari lalu. Ni lah tajuknya. Cerita tentang seorang guru bersama seorang budak yang namanya Rizal. Dia tak nak pergi sekolah sbb takde hadiah nak diberi utk cikgu masa Hari Guru. La hai..tapi aku rase aku faham situasinya. Aku dapat rasakan..dan aku pasti kebanyakan pelajar pada usia Rizal akan berasa begitu. Mereka nak juga beri sesuatu, kalo tak bagi cikgu hadiah, rasa tak best. Yelah..org lain sume bagi. Ehh! Bukan aku kata depa tak ikhlas bagi present tu tapi yelah kebanyakannye mungkin nak bagi sbb ikut kawan..ye tak?? Apon, tak nafikan semangat kasih pada guru tentunya meruap dlm diri pelajar yang punya rasa hormat pada guru.

Rizal, anak orang susah. Sanggup dia tak ke sekolah semata-mata malu. Malu pun sbb takde hadiah utk cikgu. Dia ikut pembawa bot ke laut, bekerja dalam usia muda dan mencari duit sendiri. Dapat gaji, duit diberi utk ubat adiknya yang sakit.

Di matanya "Hadiah hari Guru" Last-last, cikgu yang baik tu amik je batu cantik yang Rizal jumpe kat Air Terjun Lasir. Ermm..ape kata cikgu?? "Hadiah yang paling bermakna buat seorang cikgu dari anak muridnya adalah kejayaan dalam pelajaran"

Yea..dan aku takkan sangkal impian itu. Itulah impian tiap murabbi, tiap pendidik, tiap teacher, guru, muallim, tiap srikandi di sekolah..mereka mencurah ilmu.

Teringatkan pertanyaan si Rizal.."Pak Mat, apa hadiah yang boleh diberi masa hari Guru? Pak Mat jawab "Masa Pak Mat dulu, bagi cikgu buah-buah, sayuran. Itu tanda kami sayang cikgu" Rizal gelak. Katanya itu zaman dulu. Pak Mat jawab, "Berilah ape saja, zaman tentunya berubah. Tapi cikgu pasti akan hargai apa yang kita semua beri"

Aku? Teringat yang aku pun ada semangat yang begitu, nak bagi cikgu hadiah masa hari guru..hehe. Pernah aku buat bunga dari kertas, siap pembalut utk cikgu praktikal. Aku pernah bagi cikgu sabun mandi je pon (macam cikgu aku tak boleh beli sendiri..hehe) Tapi aku yang 'kenit' masa tu, mmg rasa terharu bila cikgu sambut pemberian itu dengan senyum. Aku puas. Terima kasih cikgu.

Ketawa semula bila ingatkan kata-kata Cikgu Zaimah masa aku di darjah 3 "Azian beri saya sabun mandi, suruh saya mandi banyak-banyak. Azlan beri saya sabun basuh baju, suruh saya cuci baju banyak-banyak" hehe..itulah kisah aku ngan Lan, kawan skool rendah. Manis kenangan di sekolah, bersama cikgu yang banyak berbakti. Cikgu Zaimah pernah hadiahkan aku sebatang pen yang aku kira mahal, berkotak dan berbalut. Rasa istimewa pula sbb aku cuma yg berjaya peroleh 100 markah utk kertas Bahasa di antara 3 kelas yang ada. Ermm..kat situlah semangat utk berbahasa aku memuncak.

Terima kasih Cikgu, bakti mereka tiada beda. Kerana cikgu, kerna anugerah ini dari Tuhan yang Tahu keperluanku..aku berjaya berada di sini, di Taman Ilmu dan Budi. Moga perjalanan ini takkan terhenti kerna aku perlu berjihad jauh lagi, menggenggam harapan dan menebar impian seorang aku dan cikgu-cikguku..

No comments: